Welcome!

Contoh Karangan UPSR: majlis sempena perpisahan guru, by ecah eelala
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang ecah eelala
Title:majlis sempena perpisahan guru
2011-05-01 17:06
    Selamat sejahtera kepada pengerusi majlis,tuan guru besar,guru yang diraikan Encik Samsuri,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.terima kasih kerana sudi menjemput saya selaku ketua murid untuk menyampaikan ucapan pada majlis yang meriah lagi bermakna ini.  
 
        Hadirin yang dikasihi sekalian,  
 
    Seperti yang dimaklumkan,Guru Penolong Kanan sekolah kita iaitu Encik Samsuri bin Mohd Isin akan bersara tidak lama lagi.Maka,tujuan utama kita barkumpul disini adalah untuk meraikan persaraannya bersama-sama.  
 
        Hadirin yang dihormati sekalian,  
 
     Encik Samsuri merupakan salah seorang guru yang amat kami sayangi,beliau sangat memahami kami dan sentiasa memberi dorongan kepada kami untuk terus berjaya.Beliau telah bertugas disini selama 3 tahun.Encik Samsuri telah mengajar kami matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman selama 3 tahun iaitub sejak tahun pertamanya disini.Sepanjang beliau mengajar,matapelajaran yang diajarnya sentiasa menjadi matapelajaran yang terbaik dalam    keputusan UPSR setiap tahun.  
 
     Jasa cikgu tak dapat kami lupai,Semejak kedatangannya disini,kebanyakan pelajar mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu Pemahamn.Malah,sekolah kita juga pernah dinobatkan sebagai salah satu sekolah yang berprestasi tinggi,sungguh banyak jsanya kepada kita.  
 
     Hadirin sekalian,  
 
     Saya mewakili semua murid,ingin memohaon maaf andai cikgu pernah terguris hati atau kecewa dengan sikap kami.Jasa cikgu tetap kami kenang sepanjang hayat.  
      
     Saya berharap cikgu tidak akan melupakan kami,semoga cikgu berpuas hati dengan pekerjaan yang telah cikgu lakukan ini.Sekali lagi saya mewakili semua murid Sekolah Kebangsaan Seri Bentong ingin memohon maaf seikhlas hati.Jasa cikgu tak mampu kami lupakan,saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.  
 
        Sukarnya menyaka air mata berlinang,  
            Mengenang pengorbanan sepanjang masa,  
        Budimu guru tetap dikenang.  
            Sepanjang zaman sepanjang usia.      
                        
 

Submit a comment:

Name