Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara Belajar Yang Berkesan, by Nur' Ain Sabarina
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Nur' Ain Sabarina
Title:Cara-cara Belajar Yang Berkesan
2011-04-30 19:25
Semua pelajar mesti mahukan kejayaan.Sebelum kita meencapai sesuatu kejayaan itu kita mesti belajar dengan cara yang betul dan berkesan.  
Cara-cara pertama ialah kita belajar secara individu.Dengan cara ini juga seseorang tidak akan rasa terganggu berbanding belajar secara berkumpulan.Jika belajar secara individu kita juga akan lebih fokus dalam sesuatu pelajaran yang kita lemah dan kita akan dapat tumpukan dengan lebih baik.  
    Cara-cara yang seterusnya ialah belajar secara berkumpulan.Jika kita lebih selesa belajar secara berkumpulan,ini tidak menjadi masalah kepada kita kerana lebih banyak idea-idea yang dapat kita kumpulkan darirakan-rakan kita.Jika kita lemah dalam sesuatu pelajaran kita boleh bertanya kepada salah seorang dari rakan kita yang tahu dalam pelajaran yang kita lemah itu.  
    Cara ketiga pula ialah tiada gangguan.Gangguan yang dimaksudkan ialah gangguan dari adik,televisyen,radio dan sebagainya.Jika kita belajar secara terganggu oleh adik kita,kita tidak akan dapat fokus dalam pelajaran kita.Kita juga mesti mencari tempat yang sesuai dan tidak rasa terganggu.Dengan gangguan juga kita akan rasa tidak selesa untuk belajar dan juga rimas.  
    Cara yang keempat ialah banyakkan bertanya.Jika kita tidak memahami sesuatu perkara bertanyalah kepada ibu bapa,guru atau rakan-rakan.Janganlah kita malu bertanya kerana malu bertanya sesat jalan.Bertanya juga dapat mengumpulkan pemahaman dalam pelajaran.  
    Akhir sekali belajar juga mesti mengikut kemampuan masing-masing.Pelajar juga mesti belajar mengikut kesesuaian.Oleh itu,kita mesti belajar dengan cara-cara yang berkesan.  
 
 

 

wan ezlin, (2016-04-27 19:34)
setuju  

 
nurul asiah, (2016-04-27 19:15)
salam,lain kali buat perenggan jelas sikit.
 
Submit a comment:

Name