Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sambutan Hari Guru, by nur shamien alfiera
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak nur shamien alfiera
Title:sambutan Hari Guru
2010-05-14 17:27
            Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Tuan Guru Besar,guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.Saya mewakili murid-murid sekolah ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang kami kasihi.

Hadirin yang saya muliakan,

            Hari Guru disambut bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan guru.Sesungguhnya,jasa dan pengorbanan para guru terhadap kami amat bernilai dan rasanya tidak terbalas dengan wang ringgit.Tanpa guru,kami umpama orang buta yang kehilangan tongkat.Guru umpama lilin,membakar dirinya semata-mata untuk kesejahteraan orang lain.

            Tugas sebagai guru memang mencabar dan memerlukan kesabaran.Guru memberikan bimbingan dan pendidikan kepada kami.Tiada lain harapan mereka selain ingin melihat kami berjaya demi masa depan.Guru bukan saja mengajar malah terpaksa menghadapi pelbagai karenah kami.

            Selain itu,guru turut berusaha untuk membantu serta memberikan galakan kepada kami untuk berusaha demi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.Segala tunjuk ajar dan nasihat guru amat kami hargai.

            Pada hari yang bersejarah ini,saya serta rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami.Sebagai tanda ingatan kami terhadap jasa dan pengorbanan saya serta murid-murid yang lain ingin menyampaikan cenderamata kepada Tuan Guru Besar.Akhir kata,sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru.Semoga guru-guru yang kami kasihi dilimpahi kesejahteraan dan terus mendidik kami tanpa rasa jemu.Sekian,terima kasih.


 

Submit a comment:

Name