Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kamu telah menghadiri suatu majlis perkahwinan., by Nur Afrina Khalisah Binti Abdul Halim.
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nur Afrina Khalisah Binti Abdul Halim.
Title:kamu telah menghadiri suatu majlis perkahwinan.
2011-04-19 20:00
    Pada 20 Disember 2011 yang lalu,saya sekeluarga telah  
menghadiri suatu majlis perkahwinan saudara saya yang diadakan di kampung ayah saya di perak.  
 
    Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah.Perjalanan dari Johor Bahru ke Perak mengambil masa selama tujuh jam.Pemandangan semasa perjalanan ke sana sunggu menarik.Ayah menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan kerana ingin cepat sampai.Kami berhenti di kawasan rehat dan rawat(R&R) untuk bekalan yang dibawa oleh ibu.  
 
    Kami tiba di rumah saudara kami pada pukul 9.00 pagi.Ketibaan kami disambut oleh datuk dan nenek.Kami bersyukur kerana telah sampai dengan selamat.Suasana di sana riuh-rendah dan keadaan menjadi sibuk dengan kehadiran saudara-mara yang turut sama membantu.Saya dan ayah turut sama membantu menyusunkerusi dan meja untuk tetemu manakala kakak dan ibu pula sibuk membantu menghias pelamin.  
 
     Pada pukul 11.00 pagi,segala persiapan telah selesai.Banyak jemputan,saudara-mara dan sahabat handai yang hadir untuk meriahkan majlis perkahwinan tersebut.Para tetamu telah dihidangkan dengan makanan yang enak.Pelbagai lauk telah disediakan.Saya dan jiran tetangga yang lain membantu mengangkat hidangan dan melayan tetamu yang hadir.  
 
     Kehadiran pengantin lelaki telah disambut dengan paluan kompang dan juga tarian kuda kepang.Selepas itu,kedua-dua pengantin bersanding di atas pelamin.Saya lihat pasangan pengantin itu sama cantik seperti pinang dibelah dua.Banyak hadiah yang diterima oleh pengantin tersebut.  
 
     Pada pukul 5.00 petang,majlis perkahwinan tersebut selesai.Pada keesokan harinya,kami sekeluarga balik ke Johor Bahru.Saya berasa amat gembira.Pengalaman yang menarik ini tidak dapat saya lupakan.
 

TOP-STUDENT-IN-SKPJ, (2018-06-30 22:20)
Hai semua.. Saya dipanggil "TOP-STUDENT-IN-SKPJ". Saya sangat suka dengan karangan awak. Karangan awak antara yang terbaik yang saya pernah baca. :D
 
Submit a comment:

Name