Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Jam Tangan, by Nor Azima Khairani bt Mat Nayan
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Nor Azima Khairani bt Mat Nayan
Title:Aku Sebuah Jam Tangan
2011-04-17 21:13
         Aku sebuah jam tangan. Namaku 'Puma'. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Jerman. Warna keseluruhan diri aku ialah kuning keemasan. Di dalam mukaku mempunyai angka 1 hingga 12. Mukaku juga dipenuhi batu permata yang cantik dan berkilau-kilau. Aku    digunakan oleh manusia untuk menunjukkan waktu.  
         Sebaik sahaja aku dilahirkan, aku diisi ke dalam sebuah kotak kecil. Aku kemudiannya dihimpunkan bersama rakanku lalu dihantar ke sebuah negara yang ku kenali sebagai Malaysia. Di negara ini aku telah ditempatkan di sebuah pusat membeli-belah. Aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca yang cantik.  
         Setelah berada di dalam almari kaca selama sebulan, suatu hari kedai tuanku telah didatangi oleh seorang pemuda yang kacak. Beliau berminat untuk membeli sebuah jam tangan. Aku berdoa semoga pemuda itu akan membeli diriku. Nasibku memang baik, pemuda itu berminat dengan diriku. Setelah tawar-menawar akhirnya pemuda itu membeli diriku dengan harga RM350. Kini, aku telah mempunyai tuan baru.  
         Aku sungguh bertuah kerana tuan baruku ini amat mengambil berat akan diriku. Beliau membawaku ke mana-mana saja. Dia juga sering kali memuji diriku di hadapan kawannya Kerana ketepatan masa aku. Suatu hari tuanku terlewat bangun. Dalam keadaan tergesa-gesa dia mencapai aku. Malang tidak berbau. Aku terlepas dari tangannya lalu jatuh terhempas kelantai. Habis mukaku pecah.Aku menjerit kesakitan tetapi jeritanku tiada siapa yang mendengarnya.  
         Kejadian itu telah menyebabkan aku tidak lagi digunakan. Aku berasa terlalu sedih. Seminggu kemudian tuanku telah membawaku ke kedai memperbaiki jam. Aku diganti dengan cermin baru. Kini aku seperti sedia kala. Tuanku kembali menggunakan aku dan membawa aku ke mana sahaja. Malahan kini beliau lebih berhati-hati agar peristiwa lalu tidak berulang lagi. Tuanku juga telah membeli jam loceng supaya tidak bangun lewat lagi.
 

Submit a comment:

Name