Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Komputer, by Nithya
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nithya
Title:Kepentingan Komputer
2011-04-15 18:22
     Komputer ialah sebuah mesin yang canggih dan dianggap sebagai "mesin ajaib" kerana kepelbagaian fungsinya.  
Terdapat pelbagai jenama komputer di pasaran kini.  
     Komputer membantu manuisia menyelesaikan tugasan yang rumit dan sukar dengan cepat dan tepat.Kini,komputer merupakan satu barang penting dalam kehidupan seharian manusia,tidak kira di rumah ataupun pejabat.  
     Komputer yang disambungkan dengan Internet dapat memberikan kita maklumat terkini dari seluruh dunia."Google"dan "Yahoo" ibarat perpustakaan ilmu yang luas.  
        Komputer juga boleh membuat kerja grafik. Kaedah grafik semakin banyak digunaan seiring dengan keperluan  
zaman.Selain itu,kita juga boleh menonton filem dan mendengar muzik menerusi komputer.  
        Di samping itu, kita juga boleh menggunakan e-mel. Kini, dengan cara terbaharu kita dapat berhubung dengan penggguna lain di seluruh dunia secara audio dan visual tanpa bayaran menggunakan "Skype".  
         Jelaslah bahawa kegunaan komputer amat banyak dan komputer memudahkan hidup manusia. Komputer bukan sahaja meningkatkan taraf kecekapan individu malah syarikat - syarikat basar juga.  
 
              
 
 
          

 

Submit a comment:

Name