Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Perkhemahan Di Hutan Lipur, by Sarah Aleeya Malek
Contoh Karangan UPSR
Peminta:Sarah Aleeya Malek
Title:Perkhemahan Di Hutan Lipur
2011-04-14 00:10
    Pada cuti semester yang lalu, aku, Syahira dan Elis telah menyertai aktiviti perkhemahan di hutan lipur Ulu Yam. Kami berada di sana selama tiga hari dua malam.  
 
    Aku, Syahira dan Elis telah ditugaskan untuk mencai kayu api. Kami membaawa barangan yang patut dibawa seperti kompas, tali dan lampu suluh. Setelah kami mencari kayu api selama satu jam, saya berasa ingin pulang ke tempat perkhemahan kerana hari pun sudah petang. Awan sudahpun menghilang. Walaubagaimanapun jam bar menunjukkan 5:30 petang.  
 
    Semasa dalam perjalanan pulang, hujan turun ddengan lebatnya. Kami tercari-cari tempat untuk berteduh. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah pondok. Pondok kecil itu di perbuat daripada dahan-dahan pokok dan dindingnya diperbuat daripada buluh. Sementara menunggu hujan berhenti, kami berteduh di situ.  
 
    Hampir sejan kenudian, hujan pun berhenti. Kami meneruskan perjalanan. Hari semakin gelap. Aku mula merasa risau. Kulihat wajah kedua rakanku juga seperti ayam berak kapur. Aku percaya kerisauan mula bertamu di sanubari masing-masing. Mujur kami semua membawa lampu suluh.Kami tercari-cari jalanpulang. Malang tidak berbau, aku baru menyedari bahawa aku, Syahira dan Elis telah sesat.  
 
    Kami semua telah terlupa untuk menandakan jalan pulang. Satu-satunya idea yang terlintas di kepala ku ialah dengan bantuan kompas. Bagai jatuh ditinpa tangga, rupa-rupanyankompasku tidak berfungsi. Kami meneruskan perjalanan dengan mengikut naluri hati kani.  
 
    Sambil berjalan aku teringat, guru pengakap ada memaklumkan kami bahawa terdapat sebuah perkampungan orang asli beberapa kilometer dari tapak perkhemaha. Aku berdoa agar kami terjumpa dangan perkampungan tersebut. Tiba-tiba sayup-sayup kelihatan cahaya beberapa ratus meter dihadapan kami. Kami saling berpandangan antara satu sama lain. Timbul semangan baru dalam hati kami. Kami berpegangan tangan dan terus berlari ke arah cahaya tersebut. Rupa-rupanya ia adalah sebuah perkanpungan orang asli.  
 
    Kami mendekati sebuah pondok dan terus mengetuk pintu. Muncul seorang lelaki di muka pintu. Rupa-rupanya beliau adalah Tok Batin. Kami memaklumkan bahawa kami telah sesat dan meminta pertolongan beliau untuk menghantar kami pulang ke tapak perkhemahan. Beliau mengajak anak buahnyan untuk menyertai kami. Kami meneruskan perjalanan bersama Tok Batin dan anak buahnya. Hampir sejam kemudian barylah kami sampai. Kami mendengar sorakan dari guru dan rakan-rakan yang ternanti-natikan kepulangan kami. Aku bersyukur kerana denagn semangat setia kawan dan pertolongan Tok Batin, kami dapat sampai dengan selamat.
Submit an essay

Nama
Title   
Type
Choose a colour
Johor Kedah Kelantan Melaka N.Sembilan Pahang Perak Perlis
Penang Sabah Sarawak Selangor Terengganu K.L. Labuan Putrajaya Singapore
China Hong Kong Taiwan Macau Japan Australia New Zealand U.K. U.S.A.