Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah-faedah belajar secara berkumpulan, by clever
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor clever
Title:faedah-faedah belajar secara berkumpulan
2011-04-13 01:21
Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar tersendiri.Kita perlulah memilih kaedah dan teknik belajar yang paling berkesan.Antaranya ialah belajar secara berkumpulan.Terdapat pelbagai faedah apabila belajar berkumpulan.  
 
Antaranya ialah kita mudah menerima pelajaran.Kita boleh meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak berbanding kita.Dengan ini,mudahlah kita mendapat pelajaran dan cepat hanya dengan bantuan rakan.  
 
Selain daripada itu,kita juga boleh mengurangkan kos pembelanjaan membeli bahan bacaan.Kita boleh meminjam bahan bacaan tersebut daripada rakan yang belajar bersama-sama.Maka,kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih banyak.  
 
Kemudian,apabila belajar berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim agar lebih baik.Kita juga boleh berbincang bersama-sama dalm suasana yang menyeronokkan .Dengan ini,ia boleh menghindarkan kita daripada kebosanan.  
 
Akhir sekali,kita juga dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri.Ia juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat diantara kita.Dengan ini,kita dapat meningkatkan motivasi untuk belajar.Sekiranya hendak berjaya,kita mestilah rajin belajar dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.  
 
Sebagai kesimpulan,belajar secara kumpulan perlu dilaksanakan dengan terancang dan teratur.Kita juga akan lebih berdisiplin apabila belajar.Maka dengan ini,perlualah kite berusaha bertujuan untuk mencapai kejayaan yang kita sering idamkan
 

Submit a comment:

Name