Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Menara Berkembar Petronas, by TGA
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor TGA
Title:Menara Berkembar Petronas
2011-04-10 15:34
     Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.  
 
    Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969.  
 
    Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur. Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.  
 
    Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas dan sebilangan anak syarikat dan syarikat sekutunya, manakala ruang pejabat di Menara Dua pula disewakan ke syarikat-syarikat lain. Antara syarikat-syarikat yang mendirikan pejabat dalam Menara Dua termasuk Al Jazeera, Carigali Hess, Bloomberg, GE, IBM, Khazanah Nasional, McKinsey dan Company, Microsoft, Reuters, Shell.  
 
    Di bawah bangunan ini, terdapat sebuah Taman KLCC seluas 17 ekars (69,000 m²) yang tersedia lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, kolam randuk, dan taman permainan kanak-kanak. Suria KLCC ialah salah sebuah pusat beli-belah terbesar di Malaysia.  
 
      
    Ribuan orang mengosongkan bangunan setelah menerima panggilan ugutan bom pada 12 September 2001, sehari selepas serangan 11 September membinasakan menara berkembar World Trade Center di Bandar Raya New York. Skuad pembuangan bom dikerah ke mari tetapi tidak menjumpai apa-apa bom dalam kedua-dua menara Petronas walaupun memindahkan keluar semua orang. Para pembeli dan pengunjung dibenarkan masuk semula tiga jam kemudian pada tengah hari. Tiada seorang pun tercedera dalam langkah pengosongan tersebut.  
 
     Pada waktu larut malam 4 November 2005, terjadi kebakaran di kompleks pawagam di pusat beli-belah Suria KLCC di bawah Menara Berkembar Petronas. Tidak dilaporkan mana-mana kecederaan. Ketika itu, kedua-dua menara hampir kosong (kecuali Suria KLCC yang diisi pengunjung pawagam dan pelanggan restoran).[38]  
 
    Pada waktu pagi 1 September 2009, pemanjat bangunan pakar dari Perancis, Alain "Spiderman" Robert, berjaya memanjat hingga ke puncak Menara Dua dengan menggunakan tangan dan kaki kosong sendirinya tanpa apa-apa kelengkapan keselamatan dalam masa tidak lebih dua jam, setelah dua percubaan sebelumnya terhalang oleh tangkapan polis di tengah-tengah.Pada 20 Mac 1997, pihak polis menangkap beliau di tingkat 60, iaitu 28 tingkat lagi ke puncak. Percubaan keduanya pada 20 Mac 2007, genap 10 tahun kemudian, sekali lagi terhalang di tingkat yang sama.  
 
      
 
 

 

Submit a comment:

Name