Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan dan keburukan murid tinggal di asrama, by nur saidatul aqilah bt samsuddin
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan nur saidatul aqilah bt samsuddin
Title:kebaikan dan keburukan murid tinggal di asrama
2011-04-05 01:48
     Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini adalah "Kebaikan dan keburukan murid tinggal di asrama".  
 
Para hadirin sekalian,  
 
     Tinggal di asrama ada kebaikan dan keburukannya. Salah satu daripada kebaikannya ialah, murid dapat belajar hidup berdikari, seperti mengemas tempat tidur, membasuh baju dan membersihkan kawasan persekitaran asrama.  
      
     Asrama juga turut membentuk sikap setiakawan dalam diri pelajar.Melaluinya pelajar akan sentiasa cuba membina kesefahaman, sifat tolak ansur dan bantu-membantu antara satu sama lain.Sikap mementingkan diri dapat di buang jauh dalam diri setiap individu demi mencapai satu maksud dan tujuan.  
 
     Tumpuan yang lebih baik terhadap pelajaran juga dapat ditingkatkan.Sekiranya tinggal di rumah sudah tentu kita terpaksa melakukan banyak kerja rumah bagi membantu ibu dan bapa.Kalau bukan kerana membantu ibu dan bapa, sebaliknya kita selalu terleka dengan alat-alat hiburan seperti radio, televisyen dan telefon bimbit.  
 
     Keburukan tinggal di asrama pula mmeberi peluang untuk bergaul bebas. Tinggal di asrama membuka peluang pelajar untuk bebas memilih rakan tanpa konkongan keluarga. Pergaulan tanpa kawalan keluarga boleh menjuruskan pelajar pada perkara yang tidak sihat.  
 
     Hubungan kekeluargaan juga menjadi renggang kerana tinggal berjauhan.Pertemuan dengan ahli keluarga hanya pada waktu cuti persekolahan sahaja.Akibatnya pelajar akan mula merasa kekurangan kasih sayang.  
 
    Akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa, apa yang terjadi sebenarnya bergantung kepada sikap individu itu sendiri. Setiap individu seharusnya ingat tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya.  
 
     Sekian terima kasih.  
 
     Selain itu mereka juga dapat mendisplinkan diri seperti menepati masa, melaksanakan tanggungjawab dan tugas mengikut jadual yang ditetapkan. Penampilan diri dan cara berpakaian juga turut dititikberatkan. Amalan ini turut membantu dalam pembinaan keyakinan dan kemampuan diri sendiri.  

 

Submit a comment:

Name