Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pergi Ke Pasar Malam, by Yap Chui Mei
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Yap Chui Mei
Title:Pergi Ke Pasar Malam
2011-04-03 23:34
         Jam dinding menunjukkan pukul 8.00 malam.Saya dan keluarga saya baru selesai makan malam di rumah.Dengan perasaan yang gembira,saya dan abang saya berjalan kaki ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari rumah kami.Cuaca pada hari ini amat baik.  
         Apabila kami sampai di pasar malam itu,kelihatan banyak orang sudah berada di sana.Terdapat berpuluh-puluh gerai yang menjual pelbagai jenis barang dan makanan yang lazat.Tanpa membuang masa,saya dan abang saya berjalan ke gerai yang menjual air tebu.Air tebu yang dijual oleh penjaja itu sangat manis dan menyegarkan.Harganya juga murah,hanya RM0.70.  
         Selepas memuaskan tekak,kami berjalan ke gerai yang sedang mengadakan jualan murah untuk baju-baju yang cantik.Saya memilih dua helai baju yang berwarna hijau dan biru manakala abang saya pula membeli sehelai baju yang berlengan panjang.Kami amat gembira dengan pembelian kami.  
         Seterusnya kami singgah di gerai yang menjual asam laksa.Terdapat banyak orang yang sedang menunggu giliran mereka untuk makan asam laksa yang beraroma wangi itu.Saya dan abang saya menunggu giliran kami dengan sabar.Giliran kami pun sampai tidak lama kemudian.Kami makan dengan berselera sekali.  
         Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa cucuk sate untuk dibawa pulang.Gerai yang menjual sate itu juga dikerumuni banyan pelanggan.Kuah kacang yang dibuat oleh penjual itu sangat sedap.Setiap kali kami pergi ke pasar malam,kami tidak akan pulang tanpa satenya yang lain daripada yang lain.  
         Kira-kira pada pukul 9.30 malam,pasar malam itu dikunjungi banyak orang.Masing-masing sibuk memilih barangan yang disukai.Setelah membeli segala keperluan,saya dan abang saya pun pulang ke rumah dengan gembira.Saya berharap dapat pergi ke pasar malam lagi pada minggu yang akan datang.  
 
 
 
 

 

Submit a comment:

Name