Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aktiviti gotong-royong di sekolah, by Yap Chui Mei
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Yap Chui Mei
Title:Aktiviti gotong-royong di sekolah
2011-04-03 22:54
            Pada hari Jumaat yang lalu,sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan sekolah.Saya bangun awal pada pukul 6.00 pagi lalu bersiap sedia untuk pergi ke sekolah dengan menaiki kereta ibu saya.  
            Sesampai di sekolah,saya berjumpa dengan kawan-kawan saya di kantin sekolah.Kami bersarapan pagi sambil berbual-bual tentang tugas-tugas yang akan kami lakukan nanti.Kelihatan beberapa orang murid sedang menolong guru mengambil perkakas-perkakas dari bilik stor seperti baldi,penyapu,kain buruk,cat gunting dan sebagainya.  
            Kira-kira pada pukul 7.30 pagi,kami berkumpul di padang sekolah untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh guru disiplin kami.Kami mendengar taklimat itu dengan teliti.Selepas taklimat,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Saya dan kawan baik saya,Raju dikumpulkan dalam satu kumpulan yang sama.  
            Kami memulakan tugasan kami dengan bersemangat dan gembira.Saya,Raju dan ahli kumpulan kami yang lain menyabit rumput di padang sekolah.Kami menggunakan sabit dan gunting untuk memotong lalang dan rumput yang panjang.  
            Terdapat murid-murid yang lain membuat kerja-kerja yang lain seperti menyapu lantai di dalam kelas,mengelap tingkap yang berhabuk,dan membaiki kerusi dan meja yang rosak bersama guru-guru yang bertugas.Semua murid membuat kerja dengan rajin sekali.  
            Saya dan Raju telah menyelesaikan tugas kami selepas sejam lalu bergegas ke tempat lain untuk menolong murid    yang lain.Kami mengecat dinding sekolah dengan cat yang berwarna hijau muda.Saya berasa amat bangga kerana dapat menghulurkan bantuan untuk menceriakan sekolah.  
            Bukan itu sahaja,terdapat murid-murid yang membersihkan longkang yang bertakung air dan tersumbat dengan sampah.Ada juga murid dan guru yang tekun menanam pokok bunga di sekitar halaman sekolah untuk mencantikkan sekolah kami.  
            Pada pukul 11.30 pagi,semua kerja sudah dibereskan.Sekolah kami kelihatan bersih dan cantik.Guru besar kami mengucapkan terima kasih kepada kami dan memuji kami rajin dan bekerjasama bagai aur dengan tebing.Kami berasa bangga akan sekolah kami.  
            Selepas itu, semua warga sekolah pergi ke kantin untuk menjamu selera.Kami makan dengan berselera sekali kerana makanan di sana sangat sedap.Sesudah makan,kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira dan puas hati.
 

Submit a comment:

Name