Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah membaca buku, by Yap Chui Mei
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Yap Chui Mei
Title:faedah membaca buku
2011-04-03 18:23
        Amalan membaca buku amat berfaedah kepada setiap insan,biar muda atau tua.Terdapat banyak jenis buku yang boleh kita baca.Contohnya, kita boleh memilih buku cerita fiksyen dan buku bukan fiksyen.Selain itu, terdapat buku-buku yang lain seperti buku ilmiah dan buku rujukan.  
        Antara kebaikan tabiat membaca ialah kita dapat menimba pelbagai ilmu.Sebagai contoh,apabila kita membaca buku tentang haiwan,kita dapat mengetahui cara sesuatu haiwan makan,beranak dan habitat haiwan itu.  
        Bukan itu sahaja,kita dapat mempelajari perkataan atau frasa yang baharu.Dengan itu,kita dapat menulis karangan yang bermutu,lantas memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan.  
        Di samping itu,kita dapat memenuhi masa lapang kita dengan membaca buku.Masa senggang kita bukan sahaja tidak akan dibazirkan begitu sahaja malah kita dapat menimba pengetahuan secara tidak langsung.  
        Selain itu,amalan membaca adalah berfaedah kerana pengetahuan yang kita peroleh boleh dijadikan tajuk perbualan semasa kita berbual-bual dengan kawan-kawan kita.Kita tidak akan dipanggil katak di bawah tempurung jika kita bersedia untuk memberi pendirian kita berdasarkan bahan bacaan yang kita baca.  
        Secara intihanya,amalan membaca memang dapat memberi pelbagai manfaat kepada kita.Pupuklah tabiat ini sejak kecil supaya kita lebih berpengetahuan dalam hidup kita.
 

Submit a comment:

Name