Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Seorang Doktor, by Nurin Syafiqah
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nurin Syafiqah
Title:Aku Seorang Doktor
2011-04-02 21:07
     Saya dilahirkan 42 tahun dahulu di Hospital Angkatan Tentera Laut,Perak Darul Ridzwan.Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangasaan Seri Sitiawan.Kemudian,saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kuala Lumpur hingga tamat tingkatan lima.Setelah berjaya di dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat 10A dab melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.  
 
     Sejak kecil lagi,saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.Oleh sebab itulah saya memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang menjurus ke arah itu seperti matematik,fizik,kimia,biologi dan bahasa inggeris.Sesudah lulus dengan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaya.  
 
     Setelah lima tahun,saya lulus dengan cemerlang dan bertugas di Hospital Seri Manjung.Saya ditugaskan memeriksa pesakit luar yang datang untuk mendapatkan rawatan.Saya melayan pesakit dengan lemah lembut serta menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.  
 
     Kadang kala,saya bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit yang mengidap penyakit serius.Pada waktu kecemasan,saya perlu bertenang supaya tidak kelam-kabut.Alhamdulillah,setakat ini dengan izin Allah saya dapat menolong ramai pesakit.  
 
     Bagi melengkapkan ilmu perubatan,kini saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana.Saya bercadang ingin meneruskan pelajaran hingga peringkat Ph.D.Walaupun saya sudah bergelar doktor tetapi saya merasakan ilmu saya masih belum mencukupi.  
 
     Saya berdoa semoga saya sihat agar dapat berbakti kepada bangsa,negeri dan agama.Demikianlah serba sedikit tentang riwayat hidup saya.Pesanan saya jika ingin berjaya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh.          
 

 

, (2017-03-29 01:44)
Kenapa semua orang punya karangan bertajuk ' cita-cita ......'
 
Submit a comment:

Name