Welcome!

*|*2*|*Contoh Karangan UPSR: Temasya Sukan Tahunan Sekolah, by Nadhirah Razidi
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nadhirah Razidi
Title:Temasya Sukan Tahunan Sekolah
2011-03-27 23:44
             Pada 2 Mac yang lalu,temasya sukan sekolah telah diadakan.Bermacam-macam acara yang dipertandingkan seperti acara lumba lari,lompat tinggi,tarik tali,lompat jauh dan lontar peluru.  
             Acara bermula pada pukul 8 pagi.Acara dimulakan dengan perarakan masuk ahli-ahli kontijen daripada rumah sukan masing-masing.Kemudian,majlis diserikan lagi dengan ketibaan ahli-ahli sorak,atlet sekolah dan tidak ketinggalan juga pengetua sekolah diiringi dengan tepukan semangat.  
            Temasya sukan dirasmikan oleh pengetua sekolah sendiri dengan sedikit ucapan dan acara melepaskan beberapa ekor burung merpati.Pada pukul 10 pagi,beberapa atlet sekolah kelihatan sudah bersedia di atas padang dengan baton masing-masing untuk menjayakan acara lari berganti-ganti 4x200meter.  
            Acara masih diteruskan lagi dengan acara tarik tali dan lompat jauh.Kesemua pesrta kelihatan bersungguh-sungguh di atas padang.Beberapa atlet sukan kelihatan memberi semangat kepada ahli-ahli sukan yang sedang bertanding.  
            Acara temasya sukan sekolah berakhir pada pukul 5 petang.Kemenangan telah berpihak kepada rumah Laksamana.Acara penutup juga diakhiri dengan beberapa ucapan dan sorakan daripada ahli-ahli sorak yang begitu bersemangat.Walaupun letih,masing-masing membawa pulang kejayaan dan keseronokan apabila dapat menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name