Welcome!

Contoh Karangan UPSR: memohon kebenaran untuk menggunakan dewan, by noraisyah ismail
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor noraisyah ismail
Title:memohon kebenaran untuk menggunakan dewan
2011-03-26 20:01
Sekolah Kebangsaan Sri Mersing,  
Jalan Mersing Kecil,  
Taman Sri Nakhoda,  
86800,Mersing Johor.  
 
Guru Besar,  
Sekolah Kebangsaan Sri Mersing,  
Jalan Mersing Kecil,  
Taman Sri Nakhoda,  
86800,Mersing Johor.                                                 2 OGOS 2010  
 
Tuan,  
 
Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan Dewan.  
 
Perkara diatas adalah dirujuk.  
 
2. Saya Noraisyah Binti Ismail selaku setiausaha Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon kebenaran untuk menggunakan dewan.Pada dua minggu lagi iaitu dari 16 Ogos hingga 24 Ogos 2010.  
 
3.Hal ini kerana,kami ingin membuat persiapan dengan lebih awal.Kami juga, akan memastikan dewan sekolah ini sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur semasa dan selepas aktiviti ini dijalankan.Kami juga,telah melantik beberapa ahli jawatankuasa untuk mengendalikan aktiviti ini.  
 
4.Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat pertimbangkan dan memberi jawapan atas permohonan kami ini.Segala kerjasama tuan amatlah kami hargai.Saya dahlui dengan ucapan terima kasih.  
 
Sekian,terima kasih.  
 
Yang Benar,  
            Aisyah  
(NORAISYAH BINTI ISMAIL)  
Persatuan Bahasa Melayu,  
Sekolah Kebangsaan Sri Mersing.
 

Submit a comment:

Name