Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Surat Kiriman Tidak Rasmi ( Cara-Cara Pembelajaran Yang Betul Dan Tepat), by Mohd Shakir Zufayri
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Mohd Shakir Zufayri
Title:Surat Kiriman Tidak Rasmi ( Cara-Cara Pembelajaran Yang Betul Dan Tepat)
2011-03-20 18:34
                                                            No 2668 Jalan RJ 3/16,  
                                                            Taman Rasah Jaya,  
                                                            70300 Seremban,  
                                                            Negeri Sembilan Darul Khusus.  
 
Menemui saudara C.Linggainath yang berada di Seremban. Semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera sentiasa. Apa khabar saudara di sana? Saya di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya sudah pun menerima surat saudara dua hari yang lalu tetapi saya lupa untuk membaca dan membalas surat yang dikirim saudara. Saya memohon maaf kerana kesilapan yang telah saya lakukan dan berharap agar saudara tidak kecil hati dengan saya.  
 
Saudara,  
 
             Di dalam surat yang dikirim saudara kepada saya saudara telah meminta saya memberikan sedikit nasihat tentang cara-cara pembelajaran yang betul dan tepat. Pertama sekali saudara harus membahagikan masa dengan betul kerana masa itu sangat berharga. Antaranya saudara boleh membuat jadual harian atau jadual belajar sendiri di rumah mengikut kesesuaian saudara dan saudara mesti mematuhi jadual tersebut dengan baik. Maka, masa yang terluang tidak saudara sia-siakan dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Selain daripada itu, saudara juga harus kurangkan menonton televisyen, bermain permainan video serta menonton filem dan video kerana ia boleh melalaikan. Oleh sebab yang sedemikian, saudara perlu melakukan aktiviti-aktiviti senaman dan sukan kerana ia baik untuk fizikal dan mental saudara.  
 
             Di samping itu, saudara mesti menumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar di hadapan dan selalu bertanyakan soalan tentang    perkara yang saudara tidak faham dan keliru supaya saudara tidak membuat kesilapan sewaktu ujian atau peperiksaan dijalankan. Saudara perlu yakin ketika menjawab soalan ujian atau peperiksaan dan menyemaknya semula kerana kadang-kadang perkara yang dianggap betul sebenarnya salah.  
 
             Seterusanya, saudara wajib beramal ibadat, berkelakuan mulia serta berdoa kepada Tuhan kerana ia adalah perkara yang wajib dilakukan oleh setiap insan. Malah, saudara juga mesti harus berusaha bersungguh-sungguh dan gigih demi mencapai kejayaan yang terbilang dan impian saudara. Bak kata pepatah masyarakat zaman dahulu ‘ Kalau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’ dan ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’.  
 
             Saya di sini mendoakan agar saudara sentiasa mendapat kejayaan. Saya berharap agar saudara dapat menggunakan cara-cara pembelajaran yang betul dan tepat tersebut dengan sempurna. Sampaikan ucapan mesra saya kepada ayahanda, bonda dan keluarga saudara.  
 
Sekian, terima kasih.  
 
                                                             Yang benar,  
                                                             Shakir  
                                                            
 

Submit a comment:

Name