Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tindakan-tindakan ketika berpindah ke rumah baharu, by Nik Solehatul Syifa
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Nik Solehatul Syifa
Title:Tindakan-tindakan ketika berpindah ke rumah baharu
2011-03-20 01:02
    Aku dan keluargaku baru sahaja berpindah ke rumah baharu kami yang terletak di Pahang.Sesampai sahaja di sana,pelbagai aktiviti yang kami lakukan untuk mencantikkan rumah tersebut.Aku menolong keluargaku mengemas rumah tersebut kerana rumah tersebut agak kotor dan berhabuk sedikit.  
 
    Antara aktiviti yang aku dan keluargaku lakukan di sana ialah,mencuci lantai,mengcat dinding rumah,memotong rumput dan pelbagai lagi kerja.Abang dan juga aku menolong ayah mengangkat barang-barang rumah yang ada di atas lori.Ayah menyuruh aku menolong kakak mengemas bilik yang terdapat di tingkat atas rumah kami.Ayah juga mengajar kami berdua cara-cara untuk memasang katil bujang itu lalu kami berdua memasangnya sendiri dan melapikkan cadar di atas tilam.  
 
    Ibu aku pula sedang sibuk mengemas ruang tamu rumah kami.Ibu memukul paku ka dinding dengan menggunakan penukul dan menggantungkan gambar-gambar bunga,banggunan-banggunan dan juga tidak lupa gambar keluarga kami.Selesai mengemas bilik dan ruang tamu,kakak menuruni tangga dan menolong ibu mengemas dapur.Aku pula sedang mengecat dinding rumah kami di dalam dan di luar dengan warna yang lembut dan sesuai.Adik aku juga turut membantu aku mengecat dinding rumah kami.Abang aku sedang mencuci bilik mandi rumah kami itu agar ia tidak berbau busuk dan kotor.  
 
    Selesai mengemas rumah,ayah dan ibu aku keluar untuk pergi membeli perkakas dapur,perabut dan juga barangan elektrik untuk kegunaan rumah kami.Setelah ayah dan ibu pulang,aku,abang,kakak dan adik menolong ayah dan ibu mengangkat barang-barang yang dibeli oleh ayah dan ibu sebentar tadi.Abang aku mengangkat televisyen yang berjenama 'Samsung' lalu memasangkannya di atas perabut pinggan mangkuk.  
 
    Aku dan kakak menolong ibu menyusun perkakas dapur dengan kemas di rak pinggan.Ibu juga memasang langsir yang bercorakkan bunga dan bersesuaian dengan warna cat dapur rumah kami.Aku mengelap pinggan mangkuk yang bercorak itu dengan berhati-hati agar tidak jatuh dan aku mengelapnya dengan bersih.Kakak aku pula mencuci pinggan mangkuk yang berhabuk itu agar kelihatan bersih dan selamat digunakan.  
 
    Akhir sekali,aku membeli barangan memasak di sebuah kedai runcit yang berhampiran dengan rumah kami.Apabila aku pulang ibu terus mengambil barang memasak tersebut dan memasaknya di dapur rumah kami yang cantik.Sesudahnya ibu memasak,kami sekeluarga menjamu selera di atas meja makan dengan berselera sambil memuji makanan yang dimasak oleh ibu tadi.Walaupun berasa letih,tetapi kami sekeluarga tetap gembira kerana dapat menetap di sebuah rumah baharu yang cantik dan juga selesa.
 

Submit a comment:

Name