Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan hari kanak-kanak sedunia. , by iena79
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor iena79
Title:Ucapan hari kanak-kanak sedunia.
2011-03-17 17:06
     Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang berusaha Tuan Haji Kamil bin Mahad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung,guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berucap sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini.  
 
Hadirin sekalian,  
 
     Kita semua sedia maklum bahawa tarikh 17 Oktober setiap tahun merupakan Hari Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan ini adalah untuk menyedarkan seluruh masyarakat supaya peka akan perkembangan sahsiah kanak-kanak. Selain itu, objektif lain adalah untuk meningkatkan keperluan asas kanak-kanak dari segi pendidikan dan emosi yang sewajarnya diberi perhatian oleh ibu bapa dan masyarakat.  
 
     Sebagai kanak-kanak Malaysia, kita wajar bersyukur kerana kerajaan kita mengambil berat tentang keperluan pendidikan golongan kanak-kanak. Kerajaan telah menyediakan pendidikan yang terbaik untuk kita. Oleh itu, janganlah kita sia-siakan peluang yang ada.  
 
     Namun begitu, ketika kita mengecapi keistimewaan ini, janganlah kita lupa kepada rakan-rakan yang kurang bernasib baik di negara-negara lain yang dilanda peperangan,bencana alam dan kemiskinan. Mereka tidak mendapat pendidikan,pemakanan dan kesihatan yang sempurna seperti kita di sini. Oleh itu, kita perlu bersyukur dengan segala kemudahan yang kita mili  
 
Sidang hadirin sekalian,  
 
     Sebagai kanak-kanak, kami semua sangat mengharapkan pendidikan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru-guru ubtuk membentuk kami menjadi generasi yang berpendidikan dan berwawasan.  
 
     Sebelum mengundur diri,terimalah ucapan "Selamat Menyambut Hari Kanak-kanak." Semoga kita akan menjadi kanak-kanak yang cemerlang,gemilang dan terbilang.  
      
     Sekian, terima kasih.
 

panther, (2019-01-17 02:48)
............................................................*- ............................................................*- ............................................................*- ........................................................
 
👿, (2019-01-17 02:39)
Who is this
 
Thusyanth , (2018-05-13 01:18)
Super
 
Thusyanthtty4151, (2018-05-13 01:15)
Wrong comment
 
Thusyanthtty4151, (2018-05-13 01:15)
Kijnvbhgyrguf7hgdihgrhujfugxr tsuwn xhsiw ih sn7guztj ahzfnaoj zu ahaujz iana sigsowh xkhsiwpsn skjshgets sko
 
Submit a comment:

Name