Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku seorang Perdana Menteri, by Pavithra Loganathan
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Pavithra Loganathan
Title:Aku seorang Perdana Menteri
2011-03-16 22:45
Setiap orang mesti mempunyai cita-cita.Cita-cita akan menyebabkan seorang itu semakin berusaha dengan lebih giat.Cita-cita    juga menjadikan seseorang itu berusaha dengan bersunguh-sunguh.  
 
Saya bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.Jika saya menjadi Perdana Menteri,saya akan memastikan negara ini akan berkembang dengan lebih laju lagi.Saya akan membangunkan ekonomi negara untuk menambahkan jumlah pendapatan negara.Conothnya,saya akan membina kilang-kilang dan menarik pelabur asing datang ke negara ini.Saya juga akan membangunkan bidang pertanian supayanegapa ini tidak akan mengalami kekurangan makanan.  
 
Saya juga akan memestikan rakyat di negara ini sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai.Kedamaian akan tercetus apabilasemua rakyat saling bermuafakat antara satu dengan yang lain.Setiap aktiviti yang yang akan saya lalukan adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang ada di negara ini.Contohnya saya akan menjalankan aktiviti gotong-royong perdana pada setiap awal bulan.Saya akan mewajibkan semua kaum menyertai gotong-royong ini.  
 
Selain itu,saya akan memberikan pelajaran percuma kepada semua rakyat.Pelajaran sangat penting.Dengan pelajaran,penduduk di negara ini dapat membangunkan negara.Nama negara pasti akan dikenali di seantero dunia.Banyak pakar akan dapat dilahirkan dengan ilmu yang ada pada mereka.  
 
Golongan miskin tidak saya lupakan.Saya akan memberi bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah.Saya akan menyediakan tanah untuk mereka menjalankan kegiatan pertanian atau mengarahkan kilang-kilang mengambil mereka untuk berkerja.Pekerja asing yang ada akan digantikan dengan penduduk negara ini yang miskin.Dengan itu,masalah kemiskinan akan terhapus.  
 
Semua perkara tersebut akan saya lakukan jika saya menjadi seorang Perdana Menteri.Walaupun tugas Perdana Menteri itu berat tetapi saya yakin dapat melakukannya.Hal ini akan lebih terjamin kejayaannya jika saya mempunyai pembantu yang cekap dan akan setia bekerja dengan saya.                              

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Lee chee eng, (2016-08-17 19:00)
Good job pavithra
 
Vijay, (2016-08-17 18:48)
Thank you soo much
 
Submit a comment:

Name