Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Terima Kasih Cikgu, by Lorena Tuin Anak Mangka
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Lorena Tuin Anak Mangka
Title:Terima Kasih Cikgu
2010-05-13 02:15
    16 Mei pada setiap tahun merupakan tarikh yang begitu bermakna bagi setiap insan yang bergelar cikgu. Pada waktu itu juga, jasa mereka akan diraikan dengan bermacam-macam aktiviti yang diadakan sebagai tanda penghargaan. 16 Mei sentiasa disinonimkan dengan Hari Guru. Kita sebagai pelajar yakin bahawa setiap cikgu pada hari tersebut akan menumpahkan air mata mereka walaupun setitis.

    Kebiasaanya, setiap sekolah di negara kita akan meraikan Hari Guru dengan meriah. Banyak cikgu dan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan lagi sambutan untuk hari istimewa tersebut. Wajarlah bagi mereka yang bergelar cikgu meluangkan masa mereka pada hari tersebut dengan penuh senyuman yang terukir di wajah mereka.

    Pada hari istimewa tersebut, banyak di antara cikgu akan menerima hadiah daripada pelajar-pelajar mereka. Bagi seorang cikgu, hadiah tidak lah begitu bermakna bagi mereka, tetapi apa yang mereka inginkan ialah kejayaan anak muridnya adalah merupakan hadiah yang paling bermakna. Melihat anak muridnya berjaya menjadi satu kepuasan dalam diri seorang cikgu.

    Seorang cikgu biasanya menghabiskan masa mereka di sekolah untuk mendidik anak bangsa. Keadaan yang sedemikian jelas menunjukkan bahawa cikgu telah    menghabiskan separuh daripada masa hariannya untuk bersama dengan anak muridnya di sekolah walaupun terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah. Bagi mereka, anak murid merupakan tanggungjawab mereka yang besar yang harus dilaksanakan dengan sempurna.

    Oleh itu, kita sebagai pelajar haruslah sentiasa menghargai pengorbanan mereka yang telah mendidik kita. Walaupun mereka tidak mengharapkan balasan atau hadiah daripada kita, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa mereka kerana mereka telah berusaha untuk mendidik kita seperti mana lilin membakar diri untuk menerangi gelap. Dulu hidup kita gelap tanpa ilmu, tetapi sekarang hidup kita menjadi terang disuluhi cahaya ilmu. Siapa yang membekalkan kita dengan ilmu kalau tidak insan yang bergelar cikgu. Terima kasih cikgu.


 

Submit a comment:

Name