Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara menghargai jasa guru, by Choccake
Contoh Karangan UPSR
Name:U.K. Choccake
Title:Cara-cara menghargai jasa guru
2010-05-11 20:44
kirakira lima jam setengah minit kita menghabiskan masa di sekolah.Dalam masa itu guru yangmenjaga kita.Kita juga diberi pendidikan.Sewajarnya kita patut menghargai jasa guru.Kita dibentuk menjadi manusia berguna oleh guru.

Salah satu cara untuk membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh.Sebagai contoh kita perlu menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pada hari guru pula, berilah hadiah kepada guru yang mengajar kita.Sebagai contoh memberi pen,bunga,kad dan sebagainya.Perbuatan yang kita lakukan membuatkan guru gembira.Guru kita telah dihargai dan terharu,kerana apa yang dilakukan selama ini rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya.

Cara membalas jasa guru boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang berguna.Apabila bertemu dengan guru,berilah senyuman dan ucapkan salam.Guru kita tentu berasa sangat gembira.Guru adalah laksana ibu bapa kita.

Kita perlu mengenang jasa mereka sepanjang hayat.Kejayaan seorang jurutera dan doktor melakukan pembedahan adalah hasil kegigihan seorang guru.Kejayaan anak didiknya itulah yang memberi semangat kepada seorang guru untuk terus mendidik dan mengajar

Sesungguh pengorbanan guru dibaratkan sebagai lilin yang menerangi orang lain dengan membakar diri sendiri. Oleh itu, sewajarnyalah kita perlu menghargai jasa guru. Kita perlu berusaha sehingga berjaya.
 

Submit a comment:

Name