Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara menghormati ibu bapa, by ZAHIRA
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang ZAHIRA
Title:Cara-cara menghormati ibu bapa
2010-05-10 19:52
                    Semua orang mempunyai ibu bapa kecuali yang sudah meninggal dunia.Terdapat banyak cara untuk menghormati ibu bapa.

                    Pertama,kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa kita.Mereka menasihati kita untuk kebaikan kita juga.Oleh sebab itulah kita mesti menuruti nasihat mereka.Kedua,kita juga harus menjaga adap kita terhadap mereka.Contohnya,apabila kita lalu di hadapan mereka kita mestilah membongkokkan sedikit badan kita.Itu menandakan kita menghormati mereka.

                    Ketiga,sentiasa mengambil berat tentang hal mereka.Terutamanya tentang kesihatan mereka.Sekiranya mereka jatuh sakit,kita mestilah menghantar mereka ke hospital membeli ubat di farmasi.

                    Keempat,kita juga perlu hulurkan bantuan kepada mereka setakat yang mampu.Contohnya,jika tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang    mereka.Kita boleh menghulurkan sedikit wang untuk membayar hutang mereka.

                    Kelima,kita harus balas jasa baik mereka dengan menjaga hati mereka dan mejaga mereka kerana sewaktu kita masih kecil merekalah yang telah menjaga kita dengan baik.

                    Itulah antaranya cara-cara menghormati ibu bapa kita yang telah menjaga kita selama ini.
 

Submit a comment:

Name