Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebuah Telefon Bimbit, by Yusma Hanim binti Mohamad Nasir
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Yusma Hanim binti Mohamad Nasir
Title:Aku Sebuah Telefon Bimbit
2011-02-05 18:18
         Aku sebuah telefon bimbit.Namaku Nokia.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Benua Asia Tokyo,Jepun.Warna badanku ialah warna hitam.Badanku telah dipasang dengan sebuah kamera yang kecil.Selepas diproses,akudisimpanke dalam kotak yang kecil dan dihantardi sebuah negara yang bernama Malaysia.  
         Malaysia boleh dikatogerikan sebagai negeri yang sederhana besarnya.Aku dihantardi Bumi Kenyalang,Kuching,Sarawak.The Spirit merupakan pusat membeli-belahyang terbesar di Sarawak.Di sanalah tempat aku dipamerkan.  
         Aku dapat berjumpa dengan ramai rakan.Hari demi hari,rakanku semakin berkurangan kerana mereka sudah dibeli.Fikiranku mula jauh melayang sehinggalah aku berfikir alangkah seronoknya aku dimiliki.Akhirnya nasib menyebelahi aku.  
        Pada suatu hari,seorang pemuda datang untuk membeli teleon bimbit.Setelah lama berjalan,dia pun masuk ke kedai di mana tempat aku dipamerkan.Dengan serta-merta tukang kedai tersebut mengeluarkan aku dan rakan-rakanku daripada almari kaca.Pemuda itu membelek-belekku.Akhirnya dia berkenan dengan keunikanku lalu membeliku tanpa banyak soal.Dia juga tidak kisah dengan hargaku yang mahal.Sejak dari hari itu,dia telah menjadi tuan baruku.  
     Tuanku membawaku pulang ke rumahnya lalu memasangkan satu objek yang kecil ke dalam badanku yang dipanggil 'kadsim'.Selama aku menjadi hamba kepada tuanku,dia sering menggunakan aku untuk menghubungi dan menghantar pesanan ringkas kepada rakannya.Tuanku sentiasa membawaku ke mana sahaja.Aku diletakkan di dalam sarung khas yang dipasang di pinggang.Tuanku tidak pernah membiarkan orang lain memegangku.  
     Suatu hari,adik kepada tuanku yang berusia lima tahun tekah bermain denganku sehingga aku rosak.Tuanku amat marah terhadap adiknya lalu memarahinya.Tuanku melihat ke arahku dan cuba untuk membaikiku.Tuanku menyuruh ayahnya menghantar ke kedai telefon bimbit.Setelah dihantar,pembaiki tersebut menyatakan bahawa aku tidak dapat dibaiki lagi.Akhirnya tuanku meletakku di dalam lacialmarisebagai kenangan.Selang beberapa hari,tuanku membeli sebuah telefon bimbit yang baru dan lebih canggih dariku.Walaupun aku tidak digunakan lagi,aku tetap gembira dan bersyukur kerana pernah berkhidmat kepada tuanku walaupun hanya sementara.      
        
 

Submit a comment:

Name