Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Lawatan sambil Belajar ke Bangunan Petrosains , Kuala Lumpur, by Nuril Ain
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Nuril Ain
Title:Laporan Lawatan sambil Belajar ke Bangunan Petrosains , Kuala Lumpur
2011-02-04 19:03
         Pada 11 Februari 2011, Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Hamzah 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains yang terletak di Bangunan Berkembar Petronas , Kuala Lumpur. Seramai 50 orang ahli persatuan telah menyertai lawatan ini dan diiringi oleh empat orang guru.  
          
         Lawatan yang dianjurkan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman ahli persatuan berkaitan teknologi saintifik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli persatuan tentang penghasilan bahan pameran yang bercirikan saintifik dan kreatif.  
 
         Lawatan petama kami ialah kawasan pameran Diorama Geomasa , kereta lumba F1 dan menaiki gondola. Ketika menaiki gondola ini , kami dapat merasai "Perjalanan Sekilas Masa" dan melihat keseluruhan kawasan pameran. Sungguh menakjubkan , itulah reaksi kami.  
 
         Seterusnya , kami berpeluang menaiki Simulator Helikopter. Murid-murid berpeluang mengalami suasana sebenar di dalam helikopter. Simulator ini dilengkapi dengan peralatan canggih dengan latar menarik , kesan visual dan bunyi realistik , imej tiga dimensi , kesan simulasi dan rekreasi yang luar biasa.  
 
         Di samping itu , kami juga melawat ke Petrojaya atau lebih dikenali sebagai Kampung Kartun. Sebelum itu , kami juga disajikan dengan persembahan wayang kulit. Selepas itu , kami sempat melihat Dunia Molekul Nano.  
 
         Tepat pada pukul 1 petang , kami pulang semula ke sekolah. Walaupun keletihan kami berasa amat gembira. Kami banyak menimba pengalaman dan pengetahuan.  
 
Laporan disediakan oleh ,                                11 Februari 2011      
 
.........................  
(NURIL AIN BINTI ZAINUZZAMAN)  
Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik ,  
Sekolah Kebangsaan Hamzah 2.
 

NATASHA NAJWA, (2017-12-13 01:26)
mcm tiru org lain punye jeeee
 
Sandya, (2017-03-29 20:03)
Best loporan
 
Submit a comment:

Name