Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Sungai kepada Manusia, by *baby pink (Nur Liana Izzaty Rosli)
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu *baby pink (Nur Liana Izzaty Rosli)
Title:Kepentingan Sungai kepada Manusia
2011-02-02 21:08
                    KEPENTINGAN SUNGAI kepada MANUSIA..  
 
    Sungai merupakan anugerah Tuhan kepada manusia.Terdapat banyak sungai di atas muka bumi ini yang memberikan kemudahan dan kebaikan kepada manusia.  
 
    Kepentingan sungai yang paling utama ialah membekalkan sumber air kepada manusia.Manusia mengambil air sungai untuk dibawa ke loji rawatan untuk dirawat.Klorin juga diletakkan ke dalam air sungai untuk membasmi kuman.Selepas dirawat,air yang bersih akan disalurkan untuk diminum dan menjadi kegunaan seharian manusia.  
 
    Sungai juga merupakan sumber makanan kepada manusia.Contohnya ikan,udang dan kerang.Setiap nelayan dapat mencari rezeki dengan menangkap ikan,udang dan kerang.Mereka juga boleh menternak ikan dan kerang untuk dijual.Sumber makanan ini akan membekalkan tenaga protein kepada manusia.  
 
    Pengangkutan juga boleh dijadikan sebahagian daripada sumber utama air sungai.Penduduk di luar bandar boleh menggunakan perahu,bot,bot laju dan lain-lain kerana tiada jalan raya yang disediakan.Contohnya Sungai Rajang di Sarawak dan Taman Negara Pahang.  
 
    Selain daripada itu,hidroelektrik juga adalah salah satu sumber utama kepada manusia.Manusia membina janakuasa di Empangan Kenyir di Terengganu dan Empangan Temenggor di Perak.Empangan menyekat air sungai untuk dijadikan tasik yang besar dan luas.Kuasa hidroelektrik menjana tenaga dan akan disalurkan ke seluruh negara.  
 
    Kesimpulannya,air sungai banyak kegunaannya kepada manusia.Justeru,manusia hendaklah menjaga kebersihan sungai supaya tidak tercemar dan jauh daripada penyakit.
 

Submit a comment:

Name