Welcome!

Contoh Karangan UPSR: HOBI SAYA MEMBACA, by syafiyyah
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu syafiyyah
Title:HOBI SAYA MEMBACA
2011-02-02 11:15
         Hobi saya ialah membaca.Membaca adalah hobi kegemaran saya pada waktu lapang.Pelbagai buku yang telah dibaca seperti buku novel,cerpen,majalah dan lain-lain.Ibu saya juga menyuruh saya memebeli akhbar supaya lulus dengan baik dalam peperiksaan.  
         Tabiat suka memebaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.Apabila kita membaca,kita mendapat banyak ilmu pengetahuan.  
         Membaca dapat membentuk masyarakat berfikiran kreatif dan dinamik.Membaca juga dapat menghilangkan rasa bosan.Apabila kita melakukan perkara yang membuatkan kita gembira,maka tiada lagi tekanan perasaan.  
         Melalui pembacaan,seseorang itu dapat memperluaskan ilmu pengetahuan dan memperkayakan bahasa.Rangkai kata Membaca Jambatan Ilmu sering kita gunakan untuk menunjukkan  
betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.  
         Jadikan hobi membaca sebagai masa untuk mengisi masa lapang dan jadikan ia sebagai satu budaya dalam masyarakat.Milikilah hobi yang berfaedah supaya masa kita tidak terbuang dengan perkara yang sia-sia.Ilmu Pelita Hati ialah ilmu pengetahuan merupakan sinar yang dapat memberikan panduan pada kehidupan manusia.
 

Submit a comment:

Name