Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Jiran Baru Saya, by s. jegathisen
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor s. jegathisen
Title:Jiran Baru Saya
2010-05-07 21:46
Jiran ialah seseorang yang tinggal bersebelahan rumah kita. Saya tinggal di Pelita Indah Condo, Johor Bahru. Baru-baru ini saya mendapat jiran baru. Mereka datang daripada Singapura. Pada hari pertama mereka berpindah, saya dan keluarga mula berkenalan dengan mereka. Jiran saya itu berketurunan India. Saya sempat berkenalan dengan anak lelaki mereka yang bernama Harish. Beliau mempunyai kakak bernama Athira. Harish berumur 9 tahun dan kakaknya berusia 11 tahun.

Bapa mereka bernama En.Suresh. Beliau merupakan seorang Pegawai Bank. Ibu    mereka bernama Pn.Malini, yang merupakan seorang suri-rumah.Oleh kerana mereka baru berpindah, saya dan keluarga membantu mereka mengangkat barang-barang yang dibawa.Banyak juga barang-barang mereka. Setelah semuanya beres, ibu saya menjemput keluarga mereka untuk datang ke rumah dan menghidangkan sedikit juadah.

Keluarga En.Sureh sungguh peramah. Manakala Haresh dan Athira pula suka berkawan dengan saya. Mereka berdua akan bersekolah di sekolah yang sama dengan saya. Selepas beberapa minggu berpindah di sini, hubungan kami amat rapat sekali. Setiap hari kami akan bermain dan belajar bersama-sama. Pn. Malini juga akan datang ke rumah saya untuk berbual-bual dengan ibu saya. Pada masa lapang, beliau dan ibu saya Pn. Malini seorang yang pandai membuat kek. Ibu saya selalu belajar daripadanya.

Begitu juga dengan En.Suresh. Beliau akan pergi memancing ikan bersama-sama dengan bapa saya pada hujung minggu. keluarga kami akan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Saya bertuah kerana mempunyai jiran seperti mereka. Sikap kejiranan haruslah di tanam dalam diri kita.Seperti kata pepatah, "JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT".
 

Submit a comment:

Name