Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pusat sumber gedung ilmu, by irfan
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak irfan
Title:Pusat sumber gedung ilmu
2010-05-04 22:33
Pusat sumber terdapat di semua sekolah.Di pusat sumber

terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel,fiksyen,

dan sejarah.Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu

melicinkan proses pengajaran dalam pembelajaran.

Pelbagai maklumat boleh diperoleh di pusat sumber.Murid-murid juga boleh meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan

tambahan.Mengulang kaji pelajaran lebih selesa di pusat sumber

kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.

Pusat sumber menyediakan ruang untuk sesi perbincangan.Semasa

perbincangan murid-murid juga dibimbing berkomunikasi secara lisan.Perbincangan adalah satu daripada cara perkongsian

pintar maklumat yang amat berkesan.

Selain daripada itu,pusat sumber juga menyediakan

perkhidmatan audio visual.Alat bantu ini boleh dimanfaatkan

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Peralatan yang

canggih dapat membantu dan menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu.

Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini.Alat bantu mengajar seperti carta,kad imbasan,

video,dan slaid disimpan di pusat sumber.Bahan-bahan bantu

mengajar ini dapat mempelbagai proses pengajaran dan pembelajaran.

Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu yang perlu didampingi.Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang.Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia kita.
 

Submit a comment:

Name