Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara Cara Menjaga Kebersihan & Keceriaan Sekolah, by Murni Gurlzzz
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Murni Gurlzzz
Title:Cara Cara Menjaga Kebersihan & Keceriaan Sekolah
2011-01-25 22:50
    Kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah memainkan peranan penting dalam kehidupan murid-murid.Kawasan yang bersih dan ceria akan menjadikan murid selesa,tenang dan gembira untuk belajar.Oleh sebab itu,aspek ini haruslah dijaga dengan baik.  
 
    Perkara asas dalam menentukan kebersihan ialah memastikan bahawa sampah sarap tidak bertaburan di merata-rata tempat.Buanglah sampah di tempat yang disediakan.Selain memastikan kawasan sekolah bersih,kita juga dapat menjaga kesihatan diri kita sendiri.  
 
    Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab,kita juga haruslah membersihkan kawasan sekolah dengan cara bergotong-royong.Secara tidak langsung,kita dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.  
 
    Di samping itu,kita seharusnya sentiasa menjaga pepohon hijau dan bunga-bungaan yang ada di sekolah kita.Ingatlah bahawa tanaman ini ditanam untuk mengindahkan kawasan sekolah.Janganlah kita merosakkan ia dan mencemarkan persekitaran sekolah sesuka hati.  
 
    Sesungguhnya,menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan    sekolah amatlah penting bagi kita.Oleh itu,sikap sebegini haruslah diamalkan oleh setiap murid.
 

Submit a comment:

Name