Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sambutan hari perayaan dimalaysia-surat kiriman tidak rasmi, by nysa
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor nysa
Title:sambutan hari perayaan dimalaysia-surat kiriman tidak rasmi
2010-05-03 02:18
Rakan anda daripada Indonesia telah menghantar surat kepada anda. Dalam surat tersebut,rakan anda ingin tahu tentang sambutan hari perayaan yang anda rayakan. Balas surat rakan anda itu.

                                                                        No.48,Jalan Sejambak 3,

                                                                        Taman Bukit Dahlia,

                                                                        81700 Pasir Gudang,

                                                                        Johor Darul Takzim.

                                                                        29 April 2010.

    Menemui sahabatku Liyana yang kini berada di Indonesia , moga sihat di samping keluarga tersayang .

    Saudari,

Terima kasih atas kiriman surat saudari pada tempoh hari . Saya sekeluarga disini sihat sahaja . Saya amat berbesar hati kerana saudari masih ingat lagi akan saya .

    Pada minggu lepas , ayah saya bercadang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung bersama datuk dan nenek . Kami bertolak dari sini pada pukul 2:00 petang dan tiba pada pukul 8:00 malam . Perjalan kami agak jauh , jadi kami singgah di sebuah Pasar untuk membeli sedikit kuih muih .

    Kami telah tiba agak lewat . Pada masa yang sama, saudara mara saya yang lain telah tiba di kampung . Kami berpelukan dengan erat kerana kami sudah lama tidak menziarahi antara satu sama . Ini kerana rumah kami jauh dengan rumah saudara yang lain . Malam itu , kami bersama sama menganyam ketupat . Selepas itu kami memasak rendang ayam dan pelbagai lauk pauk untuk menghidangkan pada esok hari .

    Pada pagi itu , kami semua telah bersiap dengan berbaju kurung dan berbaju melayu yang bewarna warni . Selepas solat sunat hari raya, antara aktiviti yang kami lakukan ialah bermaaf maafan diantara satu sama lain , menziarahi dan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan . Amalan memberi wang iaitu duit raya kepada kanak-kanak yang turut datang disini juga amat popular pada hari raya .

    Kami juga akan menghidangkan juadah kepada tetamu yang datang di rumah. Petang itu penuh dengan gelak ketawa dan suara perbualan silih berganti . Ramai juga tetamu yang datang di rumah . Akibat terlalu bosan , saya mengajak sepupu saya untuk bermain bersama sama di luar halaman rumah . Ia akan berulang pada hari yang berikutnya . Saya berasa sungguh gembira kerana mendapat duit raya yang bewarna merah ,biru dan hijau .

    Setakat ini sahajalah cerita saya kali ini . Semoga bertemu lagi dalam warkah yang akan datang . Sampaikan salam saya kepada keluarga anda . Sekian terima ,kasih

                                                                                    Yang ikhlas ,

                                                                                    >Neesa Sofia<

                                                                                        (sahabatmu)

                                


 

siti, (2019-07-02 01:51)
terlalu panjang dan bagus
 
Betul kata afiqah, tapi banyak juga yang bagus, (2018-06-26 20:39)

 
Afiqah, (2018-05-19 17:23)
Banyak yg x perlu dalam karangan tu
 
Afiqah, (2018-05-19 17:23)
Banyak yg x perlu dalam karangan tu
 
, (2018-02-22 23:44)
 
Terlalu panjang
 
, (2018-02-04 21:21)
Good
 
, (2018-02-04 20:37)
Good
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name