Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Sambutan Hari Guru, by Miss Maisara
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Miss Maisara
Title:Laporan Sambutan Hari Guru
2011-01-23 17:47
                     Laporan Sambutan Hari Guru  
 
Pada 16 Mei, Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas telah mengadakan sambutan Hari Guru.Sambutan Hari Guru disambut dengan meriah.Ramai orang datang pada hari tersebut.  
 
     Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asyakirin.Selepas itu,majlis diteruskan dengan ucapan guru besar,Puan Hajah Ta'siah dan diikuti dengan ucapan Yang di Pertua PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan seterusnya, wakil murid.Acara seterusnya ialah pemberian hadiah kepada guru masing-masing.  
 
     Kemudian, acara sukaneka bagi guru-guru didalam acara ting-ting,bola jaring dan sebagainya.Selepas acara sukaneka, murid diminta berehat di kantin. Kemudian, persembahan dari guru-guru. Murid terpegun melihat persembahan guru masing-masing.  
 
     Semua murid berasa seronak dengan persembahan guru itu. Guru juga berasa seronok kerana dapat bermesra dengan murid kesayangannya.  
 
Sekian terima kasih,  
 
Laporan disediakn oleh,                                2 Jun 2010  
     Maisarah  
(MAISARAH BT ABDUL HADI)  
Setiausaha,  
Kelab Bahasa
 

Submit a comment:

Name