Welcome!

Contoh Karangan UPSR: demam denggi, by nurul nadirah natasyah
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah nurul nadirah natasyah
Title:demam denggi
2011-01-22 13:51
     Demam denggi merupakan penyakit yang berpunca daripada nyamuk adis betina.Penyakit yang berjagkit ini jika    tidak dirawat dengan segera dapat membawa maut.Di Malaysia,jumlah kes yang disebabkan oleh penyakit denggi dilaporkan meningkat saban tahun dan telah mengorbankan banyak nyawa.  
     Faktor yang menyebabkan penyakit demam denggi ini merebak ialah melalui gigitan nyamuk adis yang membawa kuman demam denggi.Selain itu,penyakit ini juga berpunca melalui jangkitan daripada manusia yang mempunyai kuman demam denggi di dalam badannya kepada manusia    lain.  
     Terdapat beberapa tanda serangan pada seseorang yang dijangkiti penyakit demam denggi.Antaranya ialah,demam kuat yang mengejut dan berterusan ,bintik-bintik merah pada kulit serta sakit teruk pada tulang-tulang ,otot-otot,sendi-sendi,biji mata,dan kepala.  
     Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit demam denggi,rawatan utama adalah menggalakkan pesakit tersebut minum air.Pesakit juga hendaklah dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapat rawatan lanjut.  
     Sebenarnya penyakit demam denggi ini dapat dicegah sekiranya masyarakat prihatin tentang kebersihan dan kesihatan mereka.Ini disebabkan oleh,kebanyakan kes demam denggi yang dilaporkan,berpunca dari dalam rumah dan juga halaman rumah yang kotor.  
     Justeru,amalan gaya hidup bersih dan sihat mestilah dipraktikkan supaya kes penyakit berbahaya ini dapat dikurangkan    ke tahap minimum.Kita hendaklah sentiasa beringat dan berwaspada dengan kebersihan persekitaran dan kediaman kita agar tidak dihinggapi nyamuk.
 

Submit a comment:

Name