Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Melengkapkan Cerita, by Nurul Syafiyah binit Kamarulzaman
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nurul Syafiyah binit Kamarulzaman
Title:Melengkapkan Cerita
2010-04-30 13:38
        Aku bangun awal pagi ini. Aku ingin menolong kakak mengemas rumah.

    

        Selepas bersarapan,aku pun mula mengemas bilikku. Semasa aku mengemas almari buruk di tepi katil,aku terjumpa sesuatu. Rupa-rupanya sebuah album usang yang dimamah usia. Aku belum pernah melihat album itu sebelum ini. Nama Nur Qalisha Sofea tertera pada muka depan album meyakinkan aku bahawa album itu kepunyaan kakakku.

    

        Aku ingin melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam album itu. Aku pun menyelak kepingan album itu satu demi satu. Foto-foto di dalam album itu membawa aku ke alam kanak-kanak.Kemungkinan aku berusia antara tiga hingga empat tahun semasa foto itu dirakam. Tiba-tiba pandanganku terhenti pada sekeping gambar, wajah riang mama mendukungku.

        Tanpa kusedari, air mataku telah mengembuni gambar mama yang ku pegang. Oh,mama! Anakmu ini amat merindui dan dahaga akan kasih sayangmu. Aku telah menjadi anak yatim sejak mama pergi meninggalkan aku lapan tahun yang lalu. Mama terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya semasa kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung nenek.

        Hanya sekalung doa yang dapat kuhadiahkan buat mama yang tersayang. Semoga roh mama ditempatkan di kalangan orang yang solehah....                        
 

Submit a comment:

Name